fbpx
Usahawan minuman detoks Fitztox, Nur Jauhatul terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan terbaharu pada awal bulan ini dianugerahkan Superbrands 2024.

Obesiti, cepat letih bertukar jadi lubuk pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“SAYA sendiri pernah mengalami masalah berat badan akibat daripada pengambilan pil hormon sebelum ini.

“Justeru, atas sokongan suami, saya nekad turunkan berat kerana saiz badan yang besar membuatkan saya cepat letih selain menyukarkan pergerakan dan rutin harian.”

Itu luahan yang menjadi titik tolak kepada perubahan wanita berani dan cekal ini sekali gus mentranformasi gaya hidupnya kepada lebih sihat.

Bertahun mengalami masalah berat badan berlebihan, Nur Jauhatul Dinnie Mohamed Johari mula sedar dan bingkas bangkit melakukan sesuatu.

Katanya, dia mula mengamalkan minuman detoks ciptaannya sendiri sebagai permulaan dan nampak perubahan dari semasa ke semasa.

Ketika itu, dia juga sudah mula berjinak-jinak melakukan senaman ringan di dalam dan luar rumah selain pengurusan diet seimbang.

Terpanggil untuk berkongsi kebaikan detoks yang mungkin ramai masih tidak tahu, sejak itu, dia dan suaminya, Syukry Radzuan mula terfikir untuk mengeluarkan produk detoks sendiri berdasarkan ramuan diamalkan itu.

Keputusan tersebut dikuatkan lagi dengan melihat hasil dan perubahan berat badan menakjubkan yang dialaminya.

Maka, bermulalah idea menghasilkan produk minuman tambahan dengan nama Fitztox, bukan sahaja membantunya mendapatkan berat badan ideal, malah mendapatkan tahap kesihatan optimum.

“Masih saya ingat kami mula perkenalkan Fitztox menerusi siaran langsung (live) di TikTok pada pertengahan tahun 2022.

“Ramai tanya apa itu Fitztox. Nama Fitztox adalah hasil gabungan daripada fit dan detox.

“Siapa sangka, permintaan terhadap produk Fitztox diterima dan mendapat respons positif daripada pengikut dan rata-ratanya daripada golongan yang mengalami masalah seperti saya,” katanya kepada Aura.

Nur Jauhatul, 34, berkata, produk keluaran pertama syarikatnya, DN’S Beauty adalah Fitztox Premix Chocolate Mocha yang mula menembusi pasaran pada 1 Julai 2022.

Bercerita lanjut, rata-rata pengguna Fitztox adalah golongan yang mempunyai masalah pencernaan, kenaikan berat badan dan masalah pembuangan serta kitaran haid tidak teratur.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata kelahiran Melaka dan membesar di Manjung Perak ini, faktor yang menguatkan dirinya untuk memperkenalkan Fitztox dan berkongsi kebaikan bersama adalah statistik berat badan di Malaysia yang mengejutkan.

“Statistik dan data menunjukkan sehingga ke hari ini Malaysia merupakan negara kedua tertinggi di Asia Tenggara yang mengalami masalah berat badan atau obesiti.

“Jika dilihat lima ke 10 tahun akan datang, saya pasti Fitztox akan kekal relevan di pasaran kerana ia masih menjadi masalah dialami rakyat di negara kita,” katanya.

Bersama pasukan Fitztox yang menjadi tonggak kejayaan syarikat.

Nur Jauhatul optimis untuk meletakkan barisan produknya kekal relevan seperti pesaing lain kerana data syarikat yang menunjukkan lebih sejuta orang telah menggunakan Fitztox sejak dilancarkan.

Selama dua tahun Fitztox berada di pasaran Malaysia, antara pengiktirafan dan pencapaian yang telah dicapai adalah Excellence in Health & Beauty Products 2022, Top 500 Consumer Trusty Brand Award 2022, Anugerah

Usahawan Muda Jaya 2023, Asia Pacific Super Health Brand Year 2023 dan terbaharu Anugerah Superbrand 2024 yang diterima awal bulan ini.

Berkongsi lanjut, Nur Jauhatul memberitahu, antara perkara dan momen paling membanggakan adalah apabila melihat sendiri pengguna berjaya mendapatkan hasil yang mereka impikan.

“Hasil setiap pengguna tidak sama dan berbeza bergantung kepada cara pengambilan makanan seseorang.

“Kami bukan sahaja mementingkan dan menjaga kualiti, malah produk yang dihasilkan juga mematuhi kualiti standard dan piawaian yang ditetapkan.

“Hasil maklum balas daripada pengguna telah mencetuskan pertumbuhan Fitztox di pasaran yang semakin meningkat naik dan jika dilihat pada graf penjualan, permintaan kami mengalami kenaikan dari tahun ke tahun.

“Perkembangan dan permintaan Fitztox yang baik dalam pasaran membuatkan kami ingin berkembang dengan mengambil peluang yang ada untuk menembusi pasaran luar kelak,” katanya yang menyifatkan kejayaan itu juga sebagai satu cabaran utama baginya untuk terus memberikan dan mengekalkan yang terbaik kepada pengguna.

Jelas Nur Jauhatul, selain daripada Fitztox Premix Chocolate Mocha, syarikat juga mempunyai produk sokongan tambahan lain iaitu Fitz Curve iaitu bengkung yang dihasilkan khusus untuk membantu melangsingkan bentuk badan dan membetulkan postur badan.

“Dengan memakai bengkung Fitz Curve ini, pengguna akan rasa lebih berkeyakinan untuk menutup bahagian lapisan yang tidak diingini.

“Jika dilihat dari segi perbezaan Fitztox Premix Chocolate Mocha dengan pesaing yang lain, kami telah mendapat beberapa pengiktirafan produk, kelulusan sijil halal, kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan uji kaji bahan-bahan yang diguna pakai.

“Menerusi pengiktirafan, penghargaan, kelulusan produk dan sijil uji kaji akan membuktikan bahawa Fitztox adalah produk yang selamat dan berkesan dalam diet harian,” terang Nur Jauhatul.

Tidak setakat itu katanya, syarikat juga sentiasa mendengar maklum balas dan penambahbaikan produk seperti mereka yang mengalami alah terhadap kafein.

Justeru ujarnya, syarikat mengambil inisiatif dengan menghasilkan produk Fitztox versi buah-buahan yang dinamakan sebagai Fitztox Apple Konjac.

Seiring dengan perkembangan semasa, Fitztox mula meningkat naik melalui teknologi digital dan media elektronik bagi melaksanakan strategi pemasaran kepada pengguna.

“Walaupun perkembangan teknologi semakin maju, Fitztox juga mengambil peluang dengan menembusi saluran Google untuk mempromosikan lagi produk Fitztox kepada pengguna.

“Dari segi sistem ejen, mereka yang menjadi pasukan Fitztox telah didaftarkan secara dalam talian melalui sistem Ejen2u bagi memudahkan mereka memproses pesanan daripada pelanggan.

“Kebiasaannya promosi- promosi khas Fitztox akan dijalankan secara berjadual bertujuan untuk menghargai para pengguna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN