fbpx
LONGGOKAN sampah yang ditinggalkan pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Air Kuning-Banir, Tapah.

Orang lain buang, orang lain hidu bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Penduduk di sepanjang laluan Air Kuning-Banir di sini kesal dengan sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menjadikan bahu jalan berhampiran penempatan mereka sebagai tapak pembuangan sampah haram.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak bertahun lamanya sehingga merimaskan penduduk di lokasi berkenaan.

Seorang penduduk, Abdul Aziz Kulup, 66, berkata, keadaan sampah yang bertaburan di tepi jalan itu menyakitkan mata yang memandang selain berbau busuk sekiranya hujan lebat.

“Sudahlah kami terpaksa menghidu bau busuk sisa najis haiwan ruminan seperti lembu dan kerbau merata-rata tanpa sebarang kawalan, ditambah pula dengan sampah.

“Saya bimbang jika ada haiwan liar seperti kera dan anjing liar menyelongkar longgokan sampah itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Chong Huat, 40, pula khuatir sekiranya haiwan-haiwan liar tersebut membawa sampah-sarap itu ke tengah jalan kerana boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Jalan ini kerap digunakan kenderaan berat dan merupakan laluan utama bagi mereka yang mahu ke Temoh dan Tapah.

“Saya amat berharap pekerja pembersihan dapat mengutip sampah-sarap ini sebelum kea­daan di kawasan bahu jalan ini menjadi lebih teruk,” kata Chong

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN