fbpx

Pelajar UPNM dipijak: Polis rakam kenyataan suspek petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan sembilan individu berhubung kes buli melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga retak tulang rusuk serta tulang belakang akibat dipijak senior pada 21 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, keterangan suspek senior pula akan diambil pada petang ini.

“Setakat ini, ada sembilan rakaman percakapan telah diambil. Suspek dijangka diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras petang ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 malam, Jumaat lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.45 malam, 21 Oktober lalu ketika mangsa yang berusia 19 tahun berada di tepi padang kawad.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak pelatih tahun tiga universiti sama.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI