fbpx
Tangkap layar perkongsian lelaki tersebut di TikToknya.

Mak cik nasi lemak menangis dapat wang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka niat baik untuk membantu seorang pelanggan bank berakhir dengan episod duka apabila dia menerima wang palsu sehingga meraih simpati orang ramai.

Kejadian itu dikongsi pengguna TikTok, Azzaly82 yang memberitahu bahwa lelaki berkenaan sedang membuat deposit tunai di sebuah bank, namun gagal selepas beberapa kali mencuba.

Lelaki itu kemudian meminta menukar wang sebanyak RM150 dengan wanita yang berada di belakangnya.

Setelah transaksi selesai, lelaki itu beredar dan giliran wanita tersebut pula melakukan transaksi deposit tunai, namun gagal.

Seorang penghantar makanan kemudian mendekati wanita tersebut dan menawarkan bantuan untuk memeriksa wang berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati wang kertas itu adalah palsu.

“Duit itu palsu kerana tiada bayang gambar agong, jadi mak cik tersebut menangis sebab dia hanya ada RM300 hasil jualan nasi lemak pagi tadi untuk diberikan kepada anaknya yang menuntut di universiti,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan mengecam tindakan individu tersebut selain berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya terdapat unsur penipuan.

“Kasihan pada mak cik itu, pengajaran juga untuk kita, jangan sesekali terperdaya seperti mak cik itu,” ujar Cik an.

“Semoga mak cik itu buat lapor polis, polis boleh periksa CCTV (televisyen litar tertutup) dekat bank, boleh kesan siapa orang itu. Semoga dipermudahkan urusan mak cik,” kata Wneeda.

“Minta pihak bank periksa akaun yang lelaki itu. Ada maklumat dalam transaksi, pihak bank mesti boleh periksa. CCTV pula ada bukti untuk laporkan pada polis,” tambah Es. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN