fbpx
Gambar kecederaan seorang lelaki yang tular digigit anjing liar dalam kejadian di Pekan Rembau, di sini, malam kelmarin.

Lelaki cedera digigit anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang lelaki cedera digigit anjing liar dalam kejadian di Pekan Rembau, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berkenaan tular di Facebook menerusi hantaran yang memaparkan dua gambar seorang lelaki cedera dan diberi rawatan oleh petugas kesihatan.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun, Mohd Nor Azwan, beliau mendakwa ayahnya diserang seekor anjing liar ketika sedang berjalan kaki ke bank berdekatan.

“Mohon pihak berwajib ambik tindakan segera sebelum ramai yang menjadi mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Rembau (MDR) merangkap Pegawai Daerah, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, pihaknya mengambil perhatian serius ke atas serangan anjing liar seperti yang ditularkan di dalam Facebook Rembau Macam-Macam Ada.

Menurutnya, pihak MDR akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan ke atas tangkapan anjing-anjing liar di daerah ini khususnya di Pekan Rembau.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN