MIWE 2024 berlangsung dengan jayanya di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Angkat usahawan wanita sebagai pemacu ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MAJLIS pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ia merupakan pengiktirafan buat usahawan wanita yang cemerlang dalam pelbagai bidang perniagaan anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Majlis tersebut menonjolkan usaha memperkasa wanita dalam keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada 18 usahawan wanita yang berjaya.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusof berkata, wanita Malaysia kini menjadi tonggak penting dalam ekonomi negara dan hampir 48 peratus daripada populasi negara adalah terdiri daripada wanita.

“Mereka menyumbang dengan ketara dalam pelbagai sektor pekerjaan khususnya dalam keusahawanan yang memperlihatkan peningkatan signifikan dari segi kreativiti, inovasi dan ketekunan.

“Golongan usahawan wanita harus lebih aktif melindungi karya dan inovasi mereka menerusi pendaftaran harta intelek, seperti tanda dagangan dan reka cipta.

“Kerjasama strategik dengan agensi seperti MYIPO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat membantu mendidik usahawan wanita dalam aspek perlindungan harta intelek, sekali gus memastikan hak mereka sebagai pemilik jenama dan inovasi dipertahankan,” katanya.

Tambahnya, MIWE 2024 memberikan platform bagi usahawan wanita Malaysia menyerlahkan keupayaan mereka.

Sementara itu, pengerusi MIWE, Nur Saimah Saimin berkata, program ini bukan sahaja satu pengiktirafan tetapi juga medan untuk usahawan wanita mengembangkan jenama, memperkukuh rangkaian dan berkongsi inspirasi serta pengetahuan antara satu sama lain.

Pengiktirafan turut diberikan kepada usahawan wanita berpengaruh dalam industri hiburan.

“Sebagai Pengerusi MIWE, saya amat terharu dengan penyertaan yang menggalakkan daripada usahawan wanita dan komuniti perniagaan,” katanya.

Proses pemilihan anugerah dalam MIWE merangkumi beberapa tahap yang ketat yang mana dokumen serta profil calon disaring untuk memastikan mereka memenuhi kriteria ditetapkan.

Tambahnya, sesi temu duga dan perbincangan melalui aplikasi Zoom diadakan bagi menilai latar belakang perniagaan mereka dan hanya usahawan wanita menunjukkan dedikasi luar biasa layak menerima anugerah ini.

Antara penerima anugerah berpengaruh ialah selebriti Datuk Saripah Raziah Mustapha (Ifa Raziah) daripada Star Vendors Event Sdn. Bhd. yang menerajui acara perniagaan merentas pelbagai sektor; Fauziah Abdul Talip @ Abdul Latiff (Fauziah Latiff) daripada Broadway Acres Sdn. Bhd. yang memacu inovasi dalam industri kreatif dan Rahimah

Sukor (Emma) dari Impact Music & Entertainment yang memajukan industri muzik tempatan.

Pengiktirafan yang diberikan kepada para pemenang MIWE meliputi pelbagai bidang perniagaan meliputi industri hiburan dan pendidikan hingga farmasi, undang-undang, dan kecantikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN