fbpx

Kelayakan Piala Asia B-17: Skuad negara tekad ‘langkah kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-16 negara menjalani sesi latihan sebelum mengharungi perlawanan pertama Kumpulan H menentang UAE di Stadium Nasional, Vientiane, semalam. - Foto ihsan FAM

SKUAD bawah 16 tahun (B-16) negara tekad memulakan saingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 dengan langkah kanan menjelang aksi pertama Kumpulan H menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Laos malam ini.

Pengendali skuad B-16 negara, Javier Jorda Ribera mengakui pihak pengurusan meletakkan harapan tinggi untuk menyaksikan pasukan remaja Harimau Malaya lolos ke pusingan akhir tahun depan.

Ribera berkata, fokus ketika ini adalah untuk memastikan keputusan positif dapat diraih pada dua perlawanan menentang UAE dan Laos nanti selepas menjalani persiapan sebelum ini.

“Pasukan ini telah dibentuk sejak lima bulan lepas dan selepas Kejuaraan AFF B-16 2024, kita telah menjalani beberapa lagi kem latihan pusat untuk mengharungi saingan kelayakan kali ini.

“Kini, saya percaya semua pemain sudah bersedia untuk mengharungi dua perlawanan penting dan kita agak kecewa apabila Lebanon terpaksa menarik diri.

“Namun, ia tidak menjejaskan misi pasukan untuk meletakkan harapan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2025 tahun depan,” katanya pada sidang media di Vientienne semalam.

Selain Arab Saudi yang menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2025, 10 juara kumpulan saingan kelayakan dan lima naib juara terbaik akan layak secara automatik ke pusingan akhir nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI