fbpx
Zauyah (kanan) menunjukkan air mata air yang muncul di halaman rumahnya di Kampung Lanai, Baling.

Hujan tiada tetapi air penuh depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang suri rumah teruja apabila menemukan satu mata air yang muncul di hadapan rumahnya di Kampung Lanai, di sini kira-kira seminggu lalu.

Menurut Zauyah Ahmad, 50, mata air itu dikesan selepas dia pelik apabila mendapati hadapan rumahnya sering digenangi air, meskipun tiada hujan.

Katanya, dia memaklumkan perkara itu kepada suami, Zaidi Zakaria, 46, sebelum mengga­linya tanah sedalam 0.6 meter.

“Air kemudian keluar dan bertakung di dalam lubang yang digali. Memang tidak sangka mata air boleh muncul di halaman rumah saya.

“Apapun saya anggap ini satu anugerah Allah kepada kami yang kebetulan terputus bekalan air bersih sejak seminggu lalu,” katanya di sini semalam.

Katanya, air yang bertakung itu sangat bersih, tiada bau dan keladak serta boleh diminum begitu sahaja.

“Ia seperti air mineral semula jadi. Kami isi air itu dan simpan di dalam bekas untuk kegunaan harian seperti minum, masak, mandi dan sebagainya.

“Air itu tidak berkurangan, sebaliknya te­rus mengalir keluar memenuhi lubang yang digali seperti telaga,” ujarnya.

Jirannya, Kalmawita Ya, 44, pula berkata, dia juga bersyukur dengan penemuan mata air itu kerana turut boleh menggunakannya untuk urusan harian.

“Sebelum ini saya tumpang guna air bukit dari rumah saudara, tetapi sekarang boleh menumpang guna air mata air sementara bekalan air bersih pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN