fbpx

Talian HEAL 15555 terima 336 panggilan berkaitan ‘ambil nyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly ketika merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 menerima 366 panggilan berkaitan tingkah laku bunuh diri sejak ia dilancarkan pada 2022 hingga September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu diterima daripada keseluruhan 59,860 panggilan bagi tempoh sama.

Beliau berkata, sebanyak 198 daripada 366 panggilan itu melibatkan idea bunuh diri, manakala 138 panggilan lagi adalah cubaan bunuh diri.

“Kita dapati yang (panggilan) idea untuk membunuh diri ini iaitu 198 kes, dia memang menghitung-hitung itu (untuk membunuh diri).

“Ini kita perlu intervensi segera dan kenal pasti (isu) supaya kita dapat mengelakkan mereka daripada melakukan itu (bunuh diri),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling) mula beroperasi pada 21 Oktober 2022 bagi membantu individu yang menghadapi masalah kesihatan mental mendapatkan bantuan awal.

Talian yang beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum itu adalah antara inisiatif dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri di Malaysia.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, daripada jumlah panggilan yang diterima talian itu, sejumlah 35,590 (59 peratus) klien menerima bantuan sokongan dan emosi, manakala 24,270 (41 peratus) klien diberikan intervensi khusus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI