fbpx
ANWAR

Anwar ucap takziah kepada keluarga nahas UiTM Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang terlibat dengan kemalangan malam tadi.

Menerusi hantaran di X, Anwar berharap keluarga tabah menghadapi dugaan itu dan mendapat keadilan sewajarnya.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelajar UiTM Dungun yang kembali ke rahmatullah malam tadi.

“Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian ini. Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan di Teluk Gadong malam tadi.

Dalam kemalangan itu, mangsa telah dirempuh oleh kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda CRV yang dipandu seorang Wanita.

Difahamkan sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN