fbpx

Hujan lebat di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir melanda empat negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang yang melibatkan kawasan Rompin.

“Cuaca sama melanda dua kawasan di Johor iaitu Mersing dan Kota Tinggi.

“Begitu juga di Sarawak yang melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” kata laporan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, di Sabah pula melanda Tawau (Semporna), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI