fbpx
ALIF TEEGA yang sebelum ini tular berhubung isu derma akan dakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan menyalahgunakan dana awam.

Alif Teega hadapi tuduhan salah guna dana awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pempengaruh media sosial, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana ke­salahan menyalahgunakan dana awam.

Menurut sumber, Mohd. ­Hazalif atau lebih dikenali sebagai Alif Teega didakwa dengan dua pertuduhan mengikut seksyen berkenaan.

“Dia akan didakwa esok (hari ini) di Mahkamah Kuala Lumpur. Ada dua pertuduhan mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyalahgunakan dana awam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sebelum ini, Aliff Teega dan isteri yang tular berhubung isu derma direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah bermula tahun 2022.

Bagaimanapun, pada 12 Julai lalu, Alif Teega bersama isteri kekal direman selama empat hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan yang dibuat Alif Teega dan isterinya itu selaku pemohon.

Dalam penghakiman ringkasnya, Muhammad Jamil berkata, Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, Alif Teega dan isteri yang ditahan reman SPRM sebelum ini turut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai pengajaran.

Menerusi perkongsian di TikTok, isteri pempengaruh itu, Aisyah Hijanah menyifatkan Allah memberi tempoh kepadanya untuk merasai pengalaman tersebut selepas hidup dalam keadaan selesa.

“Pada usia 26 tahun kita rasai pengalaman macam tu. Mungkin sebelum ini kita ingat hidup kita selesa tak pernah rasa. Jadi, kali ini Allah bagi kita satu tempoh untuk kita merasainya.

Alhamdulillah, ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang akan mematangkan kami sebagai seorang individu,” katanya.

Dalam pada itu, Alif Teega dan Aisyah Hijanah turut memberi pujian kepada SPRM kerana menjalankan siasatan dengan profesional.

“(SPRM) buat kerja sangat profesional dan menjaga makan dan minum kami dengan baik.

“Ingat lagi ada satu masa yang kami sakit, mereka bawa pergi klinik walaupun kita sakit sikit sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN