fbpx
Rona hitam dan putih adalah simbol wanita klasik yang tegas dan rapi dalam penampilan.

Ilusi trend fesyen hitam dan putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM dunia kontemporari yang kompleks, adalah sesuatu yang amat meyakinkan dengan pilihan yang kemas, ringkas dalam rona hitam dan putih, terutamanya apabila dipersembahkan dalam rona monokromatik variasi reka corak polka dots, petak, struktur jalur, grid, geometrik, blok warna dan cetakan menegak/ serong.

Ini dapat memberi ilusi optikal cukup menarik pada potongan badan.

Kombinasi hitam dan putih menyerlahkan gaya kontemporari yang bersahaja, memikat, anggun dan penuh keterampilan. Perlu diingat, tambahan warna lain akan mengurangkan impak keseluruhan.

Oleh itu, jika bahagian leher (neckline) anda dirasakan perlu tambahan aksesori, pilihlah rekaan aksesori yang unik juga dalam rona hitam atau putih.

Sebagai pelengkap gaya padankan kasut hitam atau putih atau kombinasi dua warna tersebut dan seharusnya gaya solekan juga perlu tidak berlebihan dan hanya difokuskan pada kening dan bentuk/ kontur struktur tulang wajah anda.

Kesederhanaan rona monokromatik hitam dan putih menjadikan ia trend klasik yang malar segar dan sentiasa menjadi antara trend yang mendominasi pilihan kita dalam berpakaian.

Ia cukup mudah digayakan kerana keseimbangan kombinasi hitam dan putih yang sentiasa memberi impak positif dan menarik pada si pemakainya. Rona hitam dan putih sememangnya adalah simbol wanita klasik yang tegas dan rapi dalam penampilan. Di sini disertakan panduan gaya bagaimana untuk memakai rona yang cukup chic ini.

Gaya menarik
Antara gaya menarik ialah gabungan kemeja-T putih dan seluar hitam atau pakaian hitam dipadankan dengan aksesori putih. Rekaan fesyen gabungan hitam dan putih paling sesuai disempurnakan dengan kasut hitam sebagai pelengkap gaya.Paling istimewa kombinasi hitam putih bukan hanya hebat digayakan dari hujung rambut ke hujung kaki tetapi juga menyerlah apabila dipadankan dengan jean biru atau aksesori berani (bold).

Kombinasi sederhana
Cuba padankan blaus dengan reka corak sederhana atau sebagai alternatif pilih top polka dot dan skirt jalur yang kedua-duanya dalam warna hitam dan putih.

Polos dan reka corak
Terdapat pelbagai seluar/ skirt dalam variasi reka corak hitam dan putih di pasaran. Paling mudah, cuba gayakannya dengan top rona polos hitam dan jika berani cuba lengkapkan gaya dengam aksesori metalik. Anda juga boleh mencuba padanan top/ blaus dengan reka corak hitam putih dan skirt/ seluar polos hitam atau putih.

Suntik rona ceria
Jika anda tetap mahu menambah warna lain bersama padanan hitam dan putih, pilihan yang tepat adalah rona semula jadi seperti coklat, perang atau metalik bagi menyuntik rona ceria pada skaf, beg atau kasut.

Kombinasi istimewa
Pakaian warna hitam dan putih dengan ciri-ciri potongan dan garisan kemas serta siluet yang mantap kekal diminati kerana keistimewaannya yang boleh menjadikan sesiapa sahaja kelihatan anggun sebaik sahaja menggayakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN