PETALING JAYA – “Ingatkan kaunter kerajaan sahaja ada nombor panggilan”.
Itu antara reaksi netizen terhadap sebuah video tular memaparkan sebuah kedai burger menggunakan sistem nombor panggilan dan pengumuman bagi setiap pesanan yang sudah siap.
Melalui video yang dikongsi di TikTok Eyrda Abdul Salam, kedai burger yang terletak di Semporna, Sabah itu dikatakan menggunakan sistem nombor panggilan itu susulan pelanggan yang ramai.
Tinjauan di ruangan komen mendapati terdapat penduduk setempat memaklumkan kedai tersebut cukup terkenal dengan menu burger ayam yang lazat dan sentiasa dipenuhi pelanggan.
“Orang Semporna saja yang faham kenapa mereka letak nombor di situ. Laku keras burger ayam campur kubis, serbuk kari,” kongsi Farhan.
“Yang aku ‘respect’ dulu tidak pakai nombor tapi semua pesanan dia ingat,” kata Daddy.
“Harap dipantau kerana satu kaunter sahaja buka,” seloroh Izz.
Sehingga kini video tersebut sudah ditonton lebih 80,000 kali. – KOSMO! ONLINE
@eyrdaabdulsalam Semak nombor anda, siap sudah 😅 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #pov #semporna #sabah #burger #announcement ♬ Sound before the announcement (Ping Pong – Notzan ACT