fbpx
ISLAM menegah perbuatan trend menjana gambar orang mati yang menimbulkan kesedihan. - GAMBAR HIASAN

Hidup dengan realiti bukan bayang-bayang arwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang Islam perlu hidup berpaksikan realiti dan bukannya dalam ‘bayang-bayang’ meskipun pelbagai kecanggihan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) kini sudah wujud.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tiada keperluan bagi umat Islam untuk mengikuti ‘trend’ memuat naik video atau gambar dijana AI memaparkan orang yang sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan rasa rindu kepada orang yang telah tiada seperti melalui doa atau melakukan amal soleh yang boleh disedekahkan kepada si mati.

“Dalam Islam, orang meninggal dunia kita biarkan mereka sudah kembali ke rahmat Allah. Jadi biarkan mereka pergi. Dilarang menyebut atau mengungkit lagi-lagi kalau ada perbuatan negatif.

“Suatu masa dahulu, Nabi Muhammad SAW pernah melarang wanita menziarahi kubur kerana mendatangkan kembali kesedihan dan kepiluan. Tetapi bila masyarakat sudah faham, wanita
dibenarkan semula menziarahi dengan beradab,” katanya.

Menurut Mohamad Shukri, apabila trend menjana gambar orang mati telah menimbulkan kesedihan dan kepiluan, maka ia ditegah dalam agama.

Tambahnya, orang mati harus dibiarkan bersemadi dengan tenang di alam Barzakh dan mereka yang bernyawa perlu hidup dalam realiti sebenar dan bukannya berada dalam ‘bayang-bayang’ melalui kecanggihan AI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN