fbpx
Aleb@Khalid menunjukkan keratan akhbar sempena sambutan ulang tahun ke 50 KD Hang Tuah yang dihadirinya di jeti Tambatan, Lumut, Perak, Pontian.

KD Hang Tuah sentiasa paling istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Pengalaman yang tidak dapat dilupakan selama 22 tahun berkhidmat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila diberi peluang membawa pulang KD Hang Tuah daripada Glasgow, Scotland.

Bintara Kanan, Khalid Siran, 80, anak jati Kampung Rimba Terjun di sini berkata, dia memulakan kerjaya sebagai anggota TLDM pada tahun 1963 dengan menjadi rekrut di Pengkalan TLDM di Woodlands, Singapura yang merupakan pengkalan utama TLDM ketika itu.

Katanya, antara banyak kapal, KD Hang Tuah paling istimewa baginya kerana berkhidmat di kapal tersebut selama dua tahun selain terlibat membawa balik kapal tersebut pada tahun 1977 ke Malaysia.

Menurut beliau, kapal KD Hang Tuah yang dibina limbungan Yarrow Shipbuilders di Scotstoun di Glasgow, Scotland sebelum ditauliahkan sebagai HMS Mermaid dalam perkhidmatan Tentera Laut DiRaja British.

“Dalam perjalanan balik ke Malaysia, KD Hang Tuah singgah di Casablanca, Tunisia, Bahrin dan paling Istimewa adalah di Jeddah, Arab Saudi kerana ketika itu kami singgah selama 10 hari.

“Kru beragama Islam terma­suk saya sempat menunaikan umrah dan menunaikan solat sunat Aidilfitri disertai rakyat Malaysia di Arab Saudi dan khutbah di atas kapal oleh dibacakan oleh pegawai TLDM,” jelasnya me­ngenang peristiwa manis itu.

Menurut Aleb@Khalid, HMS Mermaid ini kemudiannya ditauliah sebagai KD Hang Tuah oleh isteri kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka sempena mengambil nama hulubalang Melayu yang tersohor, Hang Tuah.

Katanya, sepanjang bertugas sebagai kru kapal, turut membawanya berkunjung ke Perancis, Jerman dan Belanda bagi mendalami pengetahuan tugas-tugas dibahagian enjin kapal sebelum dibawa balik ke negara ini.

“Ketika membawa balik kapal KD Serang dari Belanda ke Malaysia, kami telah melalui dibahagian Utara Afrika merupakan sesuatu yang istimewa kerana pertama kali menjejakkan kaki di kawasan tersebut,” jelasnya lagi.

Jelasnya, peristiwa yang tidak dapat dilupakan, sebulan selepas anak sulung perempuannya lahir pada 2 April 1972, dia telah diarah untuk ke Perancis pada 15 Mei 1972 bagi tujuan mengambil kapal.

Beliau memberitahu, selepas tidak lagi berkhidmat di atas KD Hang Tuah dia dilantik sebagai jurulatih di KD Pelandok di Lumut, Perak pada 1978 sehingga bersara lima tahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN