fbpx
Ahmad Rodzi (tiga kiri) menerima surat kelulusan membina rumah di bawah Projek Baiti Jannati daripada Wan Ishak (empat dari kanan) di Kampung Lintang, Yan semalam.

‘Terima kasih TNB, akhirnya saya miliki rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) dari Kampung Lintang, Sungai Limau di sini tidak menyangka impian­nya untuk memiliki rumah bersama keluarga akhirnya tercapai selepas lebih 10 tahun menanti.

Ahmad Rodzi Harun, 55, berkata, sepanjang tempoh itu, dia hanya mampu berdoa selain menyimpan sedikit duit simpanan agar diberikan rezeki untuk mendiami rumah sendiri.

Dengan pendapatan yang tidak seberapa, Ahmad Rodzi mengakui impian itu sukar untuk dicapai walaupun mempunyai tanah sendiri di kampung itu.

“Baru-baru ini, saya dimaklumkan telah terpilih menerima sebuah rumah tiga bilik di bawah Projek Baiti Jannati (PBJ) Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Ini semua berkat doa dan mungkin juga sudah rezeki saya untuk memiliki rumah sendiri.

“Sebelum ini, saya hanya me­numpang di rumah mentua di Sungai Petani sebelum berpindah dan menyewa di Gurun selama 10 tahun bagi memudahkan urusan berulang alik mengajar di Sekolah

Kebangsaan Ulu Sedaka di sini,” katanya selepas me­nerima surat watikah pembinaan rumah daripada Pengurus Besar TNB Kedah/Perlis, Wan Ishak Saed di sini semalam.

Menurut Ahmad Rodzi, dia dan isteri, Masturah Jamaluddin, 41, sangat bersyukur dan berterima kasih kepada TNB yang menyediakan dana sebanyak RM83,000 untuk pembinaan rumah baru itu.

Sementara itu, Wan Ishak berkata, pada tahun ini TNB te­lah meluluskan tiga pembinaan rumah di bawah skim PBJ di Kedah yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM300,000.

“Penerima dipilih berdasarkan syarat ditetapkan oleh lembaga zakat dan mempunyai tanah sendiri yang cukup untuk membina sebuah rumah tiga bilik, dapur dan ruang tamu.

“Pemohon yang ada ahli keluarga terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) selain menjaga ibu bapa yang uzur juga akan dipertimbangkan di bawah skim ini,” katanya.

Tambahnya, TNB telah meluluskan 58 projek perumahan di bawah skim ini di seluruh negara, tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN