fbpx
Pengusaha kantin di Kota Bharu buat masa ini masih menjual makanan pada harga yang berpatutan.

Bukan senang-senang naikkan harga di kantin sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Rata-rata pe­ngusaha kantin di sini tidak akan sesuka hati menaikkan harga makanan dan minuman di kantin sekolah meskipun selepas menandatangani tender baharu tahun depan.

Seorang pengusaha kantin, Mohd. Zainuddin Ghazali, 43, berkata, isu kenaikan harga makanan tidak wajar dibangkitkan kerana semua pengusaha kantin terikat dengan terma dan syarat termasuk senarai harga yang ditetapkan dalam kontrak oleh pihak sekolah.

Ujarnya, dia percaya pihak sekolah tidak akan membuat keputusan untuk menaikkan harga makanan dan minuman dalam kontrak baharu.

“Jika berlaku, harga nasi berlauk ayam di kantin saya ketika ini dijual pada harga RM3.50 akan naik kepada RM7.

“Harga itu tidak masuk akal kerana ia membebankan ibu bapa. Pengusaha kantin boleh bungkus jika murid tidak membeli di kantin dan bawa bekal dari rumah selepas ini,” kata­nya ketika ditemui semalam.

Katanya, dia percaya Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan mengambil mudah perkara tersebut kerana ibu bapa pasti terbeban jika berlaku kenaikan harga makanan.

Seorang lagi pengusaha kantin, Azmi Ibrahim, 51, berkata, dia tidak sanggup untuk mena­ikkan harga makanan di kantin kerana bimbang akan memberi kesan negatif berbanding positif kepada perniagaannya.

Media melaporkan lebih 10,000 pengusaha kantin dijang­ka menaikkan harga makanan dan minuman me­lebihi 50 peratus tahun depan selepas menandatangani tender baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN