fbpx
Zulfarhan (gambar kecil) diseksa dengan seterika panas dan cara kematiannya mengejutkan hati nurani masyarakat.

Bukan mudah jatuhkan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Tanggal 23 Julai lalu, teka-teki nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dalam keadaan tragis akhirnya terjawab di Mahkamah Rayuan.

Enam daripada mereka yang sebelum ini dipenjara 18 tahun didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Allahyarham Zulfarhan dihukum gantung sampai mati.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) kepada 302 Kanun Keseksaan.

Penghakiman mahkamah itu mendapati perbuatan enam perayu yang menekap seterika di seluruh bahagian badan Zulfarhan menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian.

Selama tiga jam, hakim Hadhariah dengan tegas membaca penghakimannya berkata, selepas Zulfarhan diseksa dengan seterika panas tertuduh bertindak menyembunyikan simati.

“Kami bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara bunuh mengejutkan bukan sahaja hati nurani kehakiman tetapi juga hati nurani masyarakat”

“Hampir keseluruhan badan simati (kecuali di bahagian muka sahaja) mengakibatkan 90 kesan lecur,” kata hakim itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam kenyataannya membantah hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan ke atas enam tertuduh itu.
Suhakam kata hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan.

Persoalannya, sama ada kita suka atau tidak dengan keputusan itu, beban pembuktian pihak pendakwaan terhadap keenam-enam mereka yang disabitkan dengan membunuh telah pun diteliti melalui penghakiman yang telus.

Bagi peguam Muhammad Amin Abdullah, keputusan Mahkamah Rayuan mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah selari dengan bidang kuasa Mahkamah Rayuan sekiranya mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf.

“Mahkamah Rayuan telah membuat penilaian yang begitu spesifik dan teratur dengan melihat semula fakta kes dan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

“Melalui alasan penghakiman (dalam kes Zulfarhan) mahkamah mendapati, antaranya, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkeliru apabila menyatakan tidak diketahui kecederaan yang mana satu pada badan simati yang menyebabkan kematian,” katanya.

Mengulas lanjut, peguam itu berkata, dalam rayuan silang, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan tertuduh-tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan.

Justeru, peguam itu berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua intipati di bawah Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, 12 lagi bekas penuntut universiti universiti sama yang terlibat dalam kejadian itu diganti dari penjara tiga tahun kepada empat tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN