fbpx
Siti Nur Natrah Yatimi menunjukkan cekak bunga raya yang dihasilkan di rumahnya di Kampung Gong Duek, Besut semalam.

Cekak rambut pun boleh jadi duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang suri rumah tidak menyangka cekak bunga raya yang dihasilkan untuk dipakai anak perempuannya sebagai persediaan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah kini menjadi sumber rezeki sampi­ngan buat keluarganya.

Siti Nur Natrah Yatimi Mohd. Azmi, 35, berkata, setakat ini, dia sudah menerima 100 tempahan cekak rambut tersebut dengan pendapatan lebih RM500.

“Pada mulanya, saya me­nyiapkan cekak rambut bercorak bunga raya dan menggunakan warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang sebagai persiapan sambutan Hari Kebangsaan sekolah anak saya kira-kira dua minggu lalu.

“Ramai tertarik dan mahu menempahnya apabila saya memuat naik gambar cekak rambut tersebut di media sosial,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Duek, di sini semalam.

Siti Nur Natrah Yatimi berkata, cekak rambut berkenaan diperbuat daripada dawai berbulu berwarna-warni mengikut warna Jalur Gemilang.

Tambah beliau, tempahan diterima bukan sahaja dari sekitar daerah ini malah turut terdapat tempahan yang diterima dari Sabah dan Sarawak.

“Semua tempahan yang diterima dari sekitar daerah ini, saya akan menghantar sendiri kepada para pelanggan.

“Tempahan dari luar daerah dan Terengganu pula dihantar secara pos,” katanya.

Dia berkata, cekak rambut bunga raya buatannya dijual pada harga antara RM12 hingga RM22 mengikut jenis.

Tambahnya, pemakaian cekak rambut bunga raya itu juga diharap dapat menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada akhir bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN