fbpx

[VIDEO] ‘Petra mati, kena gigit harimau akar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petra (kucing) dibawa lari seekor harimau akar dalam kejadian pukul 3 pagi di Kampung Tersusun Sungai Siput di Perak.

PETALING JAYA – Sebuah rumah di Kampung Tersusun Sungai Siput di Perak gempar dengan kejadian seekor harimau akar menceroboh masuk ke kawasan halamannya, serta membawa lari seekor kucing peliharaan mereka.

Kejadian pukul 3 pagi itu dikongsikan penghuni rumah tersebut, Balqish Musa yang memuat naik rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) pada Facebook dan TikTok.

Berdasarkan rakaman itu, kelihatan seekor harimau akar memanjat tembok mahu keluar dari halaman rumah sambil menggigit seekor kucing dan membawa lari masuk ke hutan.

“CCTV rumah mama abah. Harimau akar masuk rumah makan kucing. Petra kesayangan Kak Qish dalam kenangan,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjawab pertanyaan orang ramai, Balqish memaklumkan telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pihak tersebut juga sudah memasang jerat.

Katanya lagi, kucingnya juga tidak sengaja keluar dari rumah pada hari kejadian dan dia hanya menyedari ia dimakan oleh harimau akar selepas melihat CCTV.

“Terkeluar, lepas dua hari tak balik, ‘check’ CCTV. Kejadian pukul 3 pagi, dah tak ada rezeki. Jadi asbab juga kat kucing saya. Untuk langkah keselamatan orang kampung, kena ‘post’ video ni. Risau jadi kat orang lain,” katanya.

Salah seorang adik-beradik Balqish, Mustaqim pula meninggalkan komen, ia bukan kes pertama melibatkan kucing mati dimakan harimau akar di kampung tersebut.

“Bukan kes kucing kami ni je hilang, jiran belah atas, kiri pun turut sama kehilangan kucing. Cuma tak ada bukti CCTV sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI