fbpx
Gambar hiasan

Juruteknik didakwa jumpa pistol, 18 butir peluru dalam Volkswagen Golf GTI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang juruteknik sebuah universiti awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki pistol dan 18 butir peluru di dalam sebuah kereta di Bachok dekat sini minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Ikhram Mohamad Rusli, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki senjata api jenis Zoraki M 906-T yang boleh dihukum mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Ikhram dituduh memiliki 18 butir peluru tanpa lesen yang sah dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (Akta 206).

Seksyen itu membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di dalam kereta jenis Volkswagen Golf GTI di tepi jalan Taman Desa Pura Beris Kubur Besar, Bachok kira-kira pukul 1.15 pagi, 31 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN