Gambar hiasan

Penyondol banyak di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pakar motivasi mendedahkan kes penyondol melibatkan ipar duai banyak berlaku di enam negeri dengan lapan kes diterima sebulan dan jumlah itu semakin me­ningkat saban tahun.

Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga, Hushim Salleh berkata, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka dan Negeri sembilan merupakan ne­geri yang banyak kes kecurangan bersama angkara ipar duai iaitu 30 peratus dan media sosial (70).

Katanya, beliau menerima lima hingga lapan kes keretakan rumah tangga disebabkan penyondol dari kalangan ahli ­keluarga berusia antara 13 hingga 40 tahun sebulan.

“Jumlah itu makin meningkat saban tahun lebih-lebih lagi di kawasan kependudukan tinggi dan padat. Ada kes penyondol melibatkan ahli keluarga berlaku di­sebabkan pengaruh filem ­hingga mendorong si perampas me­nyerahkan segala-galanya kepada suami kakak atau adik sendiri.

“Seorang remaja berusia 14 tahun sanggup menjadi tempat pemuas nafsu abang ipar ketika kakaknya keluar bekerja untuk mendapat RM15,” katanya.

Menurut Husim, mereka keluarga susah dan abang ipar pula miang maka berlaku zina. Bila diketahui, rumah tangga porak peranda hingga mengakibatkan si adik lari dari rumah kerana menyesal.

Tambahnya, ada juga kes abang ipar terlebih mesra dan jadi pendengar setia serta bank segera. Dia beri RM500 berban­ding suami sendiri hanya RM50.

“Akhirnya komunikasi empati membawa kepada hubungan haram,” katanya.

Ujar Hushim, antara faktor rumah tangga disondol ialah apabila adik beradik ipar tinggal serumah sekali gus memberi ruang untuk sering berjumpa, duduk meluah cerita sehingga mengundang perasaan cinta.

Tambahnya, apabila serumah, mereka tidak menjaga batas pergaulan dan bermanja, manakala yang berjauhan akan mencari ruang untuk meluahkan masalah kepada orang yang tidak sepatutnya.

Antara yang sering diluahkan termasuk masalah kewangan, kesempitan hidup dan tinggal di rumah sempit.

“Sebaiknya mereka berkongsi masalah dengan kaunselor profesional yang tidak mengambil kesempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN