fbpx
Tangkap layar menunjukkan wanita itu berada di dalam penerbangan yang sama dengan pengurusnya. - TikTok @grachevaaleidya

Macam kenal, wanita tipu sakit jumpa majikan dalam pesawat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita terkejut apabila menemui majikannya di dalam penerbangan sama selepas memberikan alasan sakit untuk pergi bercuti, lapor saluran berita NDTV semalam. 

Grace yang berusia 23 tahun,  memuat naik rakaman memaparkan pengalamannya yang janggal dan mengejutkan itu di platform TikTok menerusi akaun @grachevaaleidya. 

“Saya mengambil cuti sakit kerana tidak mahu bekerja, hanya untuk berakhir di dalam pesawat sama dengan pengurus saya,” demikian menurut keterangan video itu. 

Dia turut menunjukkan tangkap layar perbualan mereka serta gambar yang dirakam oleh pengurusnya dari belakang, menunjukkan wanita itu.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih 30,000 tontonan. 

“Saya akan menangis seperti bayi dan segera memberikan surat perletakkan jawatan,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Terpaksa menaiki penerbangan untuk mendapatkan ubat yang diperlukannya,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN