fbpx
PENYERANG Belanda, Cody Gakpo (kanan) terus memainkan peranan besar buat pasukan untuk tewaskan Turkiye 2-1, sebentar tadi. - AFP

Euro 2024: Belanda bangkit tewaskan Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

BERLIN – Belanda mengesahkan pertemuan dengan England di separuh akhir selepas menyingkirkan Turkiye 2-1 pada aksi suku akhir Euro 2024, sebentar tadi.

Status perlawanan kalah mati kejohanan besar menjadikan perlawanan ini begitu sengit dan tiada banyak jaringan mampu dihasilkan seperti dua pertemuan sebelum ini di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang menyaksikan 13 gol terhasil.

Perhitungan dua pemain muda, Arda Guler (Tukiye) dan Xavi Simons (Belanda) menjadi satu lagi nilai tambah kepada perlawanan kali ini.

Sepanjang setengah jam permainan, Turkiye yang dilihat cuba memperlahankan tempoh serangan Belanda dan lebih gemar bermain secara serangan balas.

Bagaimanapun, anak buah Vincenzo Montella wajar mendapat kredit kerana mampu mengekang Belanda dengan agak baik dan beberapa kali berjaya menguji pertahanan lawan yang diketuai oleh Virgil Van Dijk.

Minit ke-35, Guler sekali lagi menyerlahkan kualiti yang ada padanya apabila berjaya mencipta umpanan menarik untuk disudahkan oleh Samet Akaydin bagi meletakkan Turkiye di depan 1-0 pada babak pertama.

Skrip hampir sama terus berulang di babak kedua namun usaha keras dilakukan Belanda akhirnya membuahkan hasil apabila memperoleh jaringan penyamaan menerusi Stefan De Vrij pada minit ke-70.

Enam minit selepas itu, tekanan yang dilakukan Cody Gakpo memaksa pertahanan Turkiye, Mert Muldur melakukan kesilapan apabila tertampan bola ke gawang sendiri untuk ‘menghadiahkan’ gol kedua buat The Oranje.

Walaupun Turkiye terus menekan untuk menghasilkan gol penyamaan, barisan pertahanan Belanda nyata sudah bersedia untuk menoktahkan kemaraan ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN