ZARIF kecewa isterinya sering menolak setiap kali diajak ‘bersama’ dengan memberi pelbagai alasan. – Gambar hiasan

K2

Isteri tolak ‘bersama’ punca suami cari janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPERTI pasangan lain yang sedang menjalin hubungan cinta, Zarif (bukan nama sebenar) mengambil keputusan melamar teman wanitanya untuk dijadikan isteri.

Katanya, mereka telah menjalin hubungan percintaan selama hampir tiga tahun setelah masing-masing berkenalan di media sosial.

“Saya rasa amat gembira apabila kami berdua dapat hidup bersama dalam satu ikatan yang sah dari sudut agama.

“Saya mencintai isteri saya sepenuh hati dan merasakan akan hidup dengannya sehingga akhir usia kami,” katanya yang kini berusia hujung 20-an.

Namun, tidak semua yang dirancang oleh manusia akan berjalan dengan baik serta lancar.

Begitu juga dalam hal rumah tangga, di mana Zarif dan isterinya akhirnya berpisah setelah hampir empat tahun berkahwin.

Hal yang membuatkan mereka berpisah adalah disebabkan layanan batin.

Zarif mengakui, dia tidak mendapat layanan batin yang sebaiknya daripada isteri.

“Pada awal perkahwinan, semuanya tiada masalah dan isteri saya melayan saya dengan baik.

“Namun, memasuki usia tiga tahun perkahwinan, layanan batin yang saya terima berlainan dengan sebelum ini,” jelasnya.

Zarif mengakui, dia sendiri tidak mengetahui punca secara tiba-tiba isterinya itu jarang ingin ‘bersama’ dengannya.

Zarif menjelaskan, dia dan isterinya itu masih belum dikurniakan cahaya mata selepas lama berkahwin.

“Saya amat berharap dapat mempunyai anak secepat mungkin.

“Namun, bagaimana kami mahu mendapatkan anak, jika isteri saya sering menolak apabila diajak untuk bersama.

“Mungkin sebab sudah lama berkahwin, namun masih tak dapat anak, dia sudah tidak mahu ‘bersama’ dengan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zarif mengakui, apabila keinginan batinnya tidak ditunaikan, ia membuatkan dia berada dalam keadaan tekanan.

Malah, dia dan isterinya sering bergaduh disebabkan hal tersebut.

Ujar Zarif, isterinya sering memberi pelbagai alasan apabila diajak untuk ‘bersama’ seperti penat dan sebagainya.

“Saya seperti seorang pengemis apabila sering meminta untuk bersama dengan isteri.

“Jika dia sudi untuk ‘bersama’, saya dapat rasakan dia melakukannya kerana terpaksa dan bukan atas kerelaan hati,” kata Zarif.

Malah, pada satu ketika, dia rasa tidak mahu meminta untuk ‘bersama’ dengan isterinya. Dia berbuat demikian dengan harapan isterinya akan mempunyai keinginan tersebut dan akan meminta mereka ‘bersama’.

Namun, selepas tiga bulan, isterinya langsung tidak menunjukkan sebarang keinginan untuk ‘bersama’ dengannya.

Sebagai seorang lelaki, Zarif mengakui, dia sukar untuk mengawal keinginan tersebut.

Pada waktu sama, dia mengenali seorang wanita yang juga merupakan seorang janda.

“Kami bertemu atas urusan kerja dan mula berhubung antara satu sama lain disebabkan kerja.

“Entah bagaimana, kami menjadi rapat dan saya mula menceritakan masalah rumah tangga yang saya hadapi kepadanya,” jelasnya.

Curahan hati itu akhirnya menyebabkan mereka terjerumus dalam perkara tidak sepatutnya.

Zarif mengakui, dia dan wanita itu telah terlanjur beberapa kali.

Selepas beberapa bulan, hubungannya dengan wanita itu telah berjaya dihidu oleh isterinya.

Disebabkan itu, mereka bergaduh besar, sekali gus menyebabkan Zarif berterus terang kepada isterinya mengenai punca dia berlaku curang.

“Ini semua berlaku kerana isteri saya tidak menunaikan tanggungjawab batin dengan baik.

“Pergaduhan itu juga telah menyebabkan isteri saya minta untuk dilepaskan,” ujarnya.

Zarif menunaikan permintaan isterinya dan dia terus melafazkan talak pada ketika itu juga.

Akhirnya, mereka sah berpisah di sebuah Mahkamah Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Kini, Zarif telah berkahwin dengan janda yang dikenalinya sebelum ini.

Dia kini berasa bahagia kerana diberi layanan batin lebih baik oleh isteri baharunya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN