fbpx
Abd. Ghani menunjukkan sebahagian sarung buah cempedak yang dihasilkannya di Kampung Lerek, Setiu semalam.

Anyam tiga minggu, dapat RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Musim cempedak sejak awal bulan ini menjadi sumber rezeki buat seorang pengusaha kedai runcit apabila sarung buah itu yang diperbuat daripada daun bertam mendapat sambutan tinggi hingga mampu menjana pendapatan RM2,000 dalam tempoh tiga minggu.

Abd. Ghani Adam, 57 berkata, sarung buah tradisional itu dijual 30 sen satu.

“Ia cara tradisional untuk melindungi buah cempedak daripada rosak. Sekarang sudah tidak popular kerana ramai gunakan material moden seperti plastik.

“Namun, sarung tradisional masih mendapat sambutan. Ada pelanggan tempah antara 50 hingga 100 sarung sementara tunggu buah matang,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Lerek di sini semalam.

Menurut Abd. Ghani, sarung daun bertam itu tahan lasak dan boleh digunakan sehingga dua musim buah.

Tambahnya, dia perlu berhati-hati ketika menganyam daun bertam kerana ia mempunyai duri.

“Pelanggan datang dari seluruh Terengganu, Perlis dan Pahang. Saya jangka sarung ini akan terus mendapat permintaan sehingga akhir musim pada September depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN