fbpx

Bekas Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia pagi tadi di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Bekas Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad, 86, meninggal dunia di kediamannya pagi tadi.

Berita pemergian tokoh itu dikongsikan anak Allahyarham yang juga peguam terkenal di Sabah, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad.

“Al-Fatihah, dengan rasa sedih yang mendalam saya mengumumkan pemergian ibu tercinta, Datuk Ariah Tengku Ahmad yang meninggal dunia di kediamannya hari ini (16 Jun 2024).

“Ariah dikenali sebagai Irene Pritchard dalam kalangan rakan rapatnya adalah isteri Almarhum Brig Gen Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin, ibu Fuad, ibu mentua Shirley dan nenek Adam, Alexander dan Anthony,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Tengku Fuad mengimbau kembali kehidupan ibunya yang dicirikan sebagai satu daripada perbezaan dan perkhidmatan, pernah berkhidmat dalam pelbagai bidang sepanjang hayatnya.

Allahyarham Ariah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1993 sewaktu di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Allahyarham Ariah ketika itu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang yang disandangnya sejak 1986 hingga 1995. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI