fbpx

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan selesai lakonan di kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dipercayai membawa Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin beredar keluar daripada Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Ibu kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa keluar daripada Apartmen Idaman, di sini, selepas dipercayai selesai melakukan lakonan semula di kediamannya.

Ibu kanak-kanak itu beredar daripada premis tersebut dipercayai menaiki van berwarna putih sekitar pukul 12.20 tengah hari tadi.

Sebelum ini, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dilaporkan dibawa ke kediaman mereka di blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Difahamkan wanita itu tiba kira-kira pukul 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R kediaman terbabit.

Dia dilihat diiringi dan dikawal ketat anggota polis pada pukul 11.06 pagi dipercayai menuju ke arah sungai lokasi mayat Zayn ditemui pada malam 6 Disember lalu.

Wanita berkenaan berpakaian lokap dilihat tertunduk ketika dibawa turun oleh sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berada di kawasan perumahan arwah mangsa dan sekadar berada di kawasan hadapan apartmen.

Kelmarin, media melaporkan terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa Zayn Rayyan berkaitan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu ini (12 Jun) bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI