fbpx

F1: Perez dapat kepercayaan Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREZ kini mampu menarik nafas lega selepas masa depannya bersama Red Bull terjamin sehingga 2026. - AFP

LONDON – Pelumba Mexico, Sergio Perez terus kekal memandu jentera Red Bull dalam perlumbaan Formula Satu (F1) dengan lanjutan kontrak selama dua tahun sehingga 2026.

Kontrak pemandu berusia 34 tahun itu akan diperbaharui penghujung musim ini sekali gus memberi kelegaan kepada Perez selepas namanya hangat diperkatakan bakal ditendang keluar disebabkan prestasinya yang tidak konsisten.

“Saya sangat gembira untuk melanjutkan masa depan saya bersama pasukan yang hebat ini. Apapun, ia adalah satu cabaran bersaing bersama pasukan ini, baik dalam litar perlumbaan mahupun di luar litar.

“Saya sangat gembira dapat kekal bersama pasukan ini sekali gus meneruskan perjalanan kami bersama-sama dan menyumbang kepada sejarah hebat pasukan ini bagi tempoh dua tahun lagi,” kata Perez yang telah melakar enam kemenangan Grand Prix (GP) dalam kariernya.

Perez yang menjadi barisan kedua dalam pasukan Red Bull kini menduduki tangga kelima keseluruhan dengan mengumpul 107 mata, ketinggalan 62 mata di belakang rakan sepasukan, Max Verstappen

Bagaimanapun, kedudukan Red Bull ketika ini semakin terancam apabila selepas pelumba McLaren, Lando Norris melakar kemenangan di GP Miami bulan lalu dan Charles Leclerc dari Ferrari turut berjaya menakluk GP Monaco baru-baru ini.

“Sekarang adalah masa yang penting untuk mengesahkan barisan kami bagi musim 2025 dan kami sangat berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan Checo (Perez).

“Kesinambungan dan kestabilan adalah penting untuk pasukan. Checo dan Verstappen adalah gabungan yang berjaya dan mantap, memastikan penamat satu-dua buat pertama kali untuk pasukan dalam kejuaraan tahun lepas,” kata Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI