fbpx
Khairul Azhar (kiri) membantu pelancong yang turun ke jeti setelah pulang dari Pulau Redang di Jeti Merang, Setiu semalam.

Wang KWSP buat belanja di Pulau Redang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Musim cuti sekolah menjadi rezeki tidak disangka-sangka buat pengusaha bot apabila memperoleh sehingga RM5,000 sehari untuk membawa pelancong ‘makan angin’ ke pulau-pulau di sini.

Pengusaha bot, Khairul Azhar Mohd. Darus, 43, berkata, mereka tidak menang ta­ngan membawa pelancong ke Pulau Redang, Pulau Lang Te­ngah dan Pulau Bidong daripada jeti-jeti di sekitar Merang di sini.

“Pendapatan melonjak sekali ganda daripada RM2,500 kepada RM5,000 sehari. Biasanya hanya satu dua bot sahaja yang ditempah untuk ke Pulau Redang setiap hari.

“Sejak cuti sekolah pada 24 Mei lalu, 10 bot saya bergerak setiap hari. Kami tidak menang tangan memenuhi tempahan pelancong yang hendak ke tiga pulau itu,” katanya ketika ditemui.

Menurut Khairul Azhar, dia terpaksa mencari bot lain untuk memenuhi permintaan pe­langgan dan kehadiran pelancong ke pulau peranginan kali ini lebih ramai berbanding cuti sekolah pada Mac lalu.

“Mungkin ketika itu ramai berjimat kerana persiapan persekolahan anak dan raya. Kali ini ada wang mungkin daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Tambahnya, jeti di Merang menjadi sesak dengan pelancong sepanjang musim cuti ini hingga ada yang perlu tunggu selama tiga jam untuk ke pulau kerana tidak membuat tempahan awal.

“Kami mengutamakan pelancong yang membuat tempahan awal. Kami kenakan caj RM55 seorang atau RM55 bagi sewaan sebuah bot yang beroperasi selama lapan jam bermula pukul 8 pagi setiap hari kecuali musim tengkujuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN