fbpx

Azrinaz titip ucapan ulang tahun buat Putera Abd. Wakeel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrinaz titip ucapan ulang tahun kelahiran buat Putera Abdul Wakeel.

PETALING JAYA – TIDAK pernah lupa, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya, Putera Abd. Wakeel yang menyambut ulangt tahun ke-18 hari ini.

Azrinaz, 44, turut memuat naik gambar bersama cahaya matanya itu berserta ucapan dan doa.

“Selamat ulang tahun ke-18 kepada putera raja yang dikasihi. Semoga menjalani hari yang istimewa dan bahagia.

“Semoga dilimpahi dengan kasih sayang dan diberkati. Kehadiranmu sesuatu yang amat bermakna dalam hidup dan berasa bersyukur kerana memilikimu. Saya menyayangimu selamanya,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian itu lantas membuatkan ramai pengguna media sosial turut mengucapkan selamat ulang tahun buat anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Azrinaz sebelum ini pernah bergelar menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Putera Abd. Wakeel, Azrinaz turut memiliki seorang anak perempuan bersama Sultan Brunei iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI