fbpx

32,300 asnaf di Wilayah Persekutuan terima RM500 sempena Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im

PUTRAJAYA – Seramai 32,300 individu asnaf yang merupakan penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menerima bantuan khas berjumlah RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Bantuan Insentif Khas itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024.

“MAIWP telah bersetuju menyalurkan Bantuan Insentif Khas kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Bantuan berjumlah RM500 itu akan diberikan kepada seramai 32,300 orang asnaf penerima bantuan zakat MAIWP yang terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, muallaf dan Ar-Riqab,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, secara keseluruhan MAIWP telah memperuntukkan lebih RM16 juta daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan kepada penerima.

Jelasnya, bantuan itu bagi membolehkan golongan asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI