fbpx

Tuah penduduk dapat makan ikan kelisa RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKAN KELISA yang berjaya ditangkap penduduk kampung selepas terlepas dari kolam takungannya yang pecah semalam.

KLUANG – Penduduk di Kampung Tengah di Renggam dekat sini boleh dianggap paling bertuah semalam selepas dapat menikmati ikan goreng bernilai kira-kira RM10,000 seekor.

Keadaan ini berlaku selepas ratusan ekor ikan kelisa terlepas dari kolam takungannya yang pecah dan kejadian itu menyebabkan penduduk menyerbu tali air berhampiran.

A. Sani Palal, 49, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang itu menjadikan kawasan di Kampung Tengah seperti pesta apabila diserbu penduduk dan warga asing yang tinggal berdekatan untuk menangkap ikan.

Katanya, saiz setiap ekor ikan antara dua hingga lima kilogram itu terlepas dari kolam yang terletak berhampiran kampung dan ia kali pertama berlaku sejak kewujudan perusahaan membela ikan berharga tinggi itu.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebahai Fateha, 35, berkata, tidak semua ikan yang terlepas itu dapat ditangkap oleh orang kampung kerana masih berada dalam kolam takungannya atau berenang ke sungai berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI