fbpx

Pelajar boleh lakukan e-profiling tentukan hala tuju selepas SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelajar boleh melakukan e-profiling di portal Unit Pengambilan Universiti (UPU) sekiranya masih belum pasti mengenai hala tuju masing-masing selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut seorang guru, Abdul Muiez di laman Facebook, melalui portal sama, pelajar juga boleh mengenal pasti kerjaya yang sesuai berdasarkan minat masing-masing.

“Apa yang bagusnya e-profiling dalam UPU ini ialah bila keluar keputusan, UPU boleh cadangkan kerjaya yang sesuai berdasarkan kecenderungan.

“Apabila kita klik kerjaya, akan keluar kursus dan universiti mana yang sesuai untuk jadi seperti yang dicadangkan,” katanya.

Tambah Abdul Muiez, ibu bapa boleh menggunakan e-profiling untuk membantu anak-anak mengenal pasti potensi serta kerjaya yang sesuai untuk mereka.

“Katakan berdasarkan keputusan, anak boleh jadi guru tadika. Bila klik guru tadika tu, dia akan keluar pula cadangan kursus dan universiti yang boleh dimohon untuk menjadi guru tadika.

“Kalau baru tahu tentang e-profiling ini, suruh anak buka UPU dah kemudian pilih e-profiling dekat bahagian sebelah kanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI