fbpx

Kelantan kembali panas sampai Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tujuh jajahan di Kelantan termasuk Kuala Krai dijangka menerima cuaca panas dengan suhu maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, jajahan Kuala Krai dijangka menerima gelombang haba dengan suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut–turut.

“Cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius iaitu amaran tahap pertama pula, turut dijangka di enam jajahan lagi melibatkan, Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kota Bharu dan Pasir Mas,” katanya.

Selain itu, suhu mencecah 37 darjah Celsius turut dikesan di bahagian utara Semenanjung melibatkan Kuala Kangsar dan Hulu Perak sehingga Rabu ini.

“Cuaca panas pada tahap pertama turut dikesan di Perlis dan beberapa daerah di negeri Kedah termasuklah Padang Terap, Sik, Baling, Bandar Baharu, Kulim, Timur Laut, Kuala Muda, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu.

“Sementara itu, suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut dijangka di Beluran, Sabah selama tiga hari berturut-turut sehingga Rabu ini,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI