fbpx

Liga Super: Selangor FC waspada ‘helah’ NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor FC harap dapat melakar kemenangan kedua berturut-turut pada aksi menentang NSFC malam ini. - Foto ihsan Selangor FC

PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil beri ingatan kepada pemainnya supaya lebih bersedia dengan apa juga pendekatan yang bakal dimainkan Negeri Sembilan pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya , malam ini.

Jurulatih muda itu juga merasakan inilah masa sesuai untuk seluruh pasukan membalas kepercayaan penyokong selepas tiket perlawanan dilaporkan laris dan sudah habis terjual.

“Saya ada rasa hormat kepada jurulatih Negeri Sembilan (Azzmi Aziz), kadang-kadang kalau ada pasukan yang bermain secara bertahan kita anggap mereka ada kekurangan sedangkan mereka ada pemain berbakat. Apapun untuk aksi kali ini kita sudah kaji permainan dan pemain mereka.

“Apa saja masalah yang akan diberikan oleh pasukan lawan, kita mesti kena ada jawapan dan semua itu pemain kena jawab semasa hari perlawanan nanti,” katanya.

Pada aksi dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), 18 Mei lalu, Selangor membuktikan sudah bersedia untuk mencabar kejuaraan musim ini apabila menang 1-0 sekaligus menutup cerita kekecewaan di Piala Sumbangsih yang menyaksikan Red Giants menarik diri dengan alasan keselamatan.

Mengulas mengenai kebimbangan terhadap penyerang import baharunya, Ronnie Fernandez, Nidzam enggan meletakkan tekanan tambahan dan mahu pemain itu menjadikan bekas peledak utama pasukan, Ayron del Valle sebagai contoh.

“Kebanyakan penyerang kita sebelum ini pun berdepan kesukaran pada perlawanan pertama dan kedua namun selagi Ronnie bekerja keras, selagi itu saya kan sokong dia kerana saya tidak rasa ada isu tentang bakat.

“Ayron dulu pun ada masalah pada dua tiga perlawanan awal namun dia bangkit (hingga menang kasut emas dengan 23 gol). Jadi begitu jugalah yang saya harapkan dengan Roonie,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI