fbpx

Kes masih di mahkamah, tindakan penggantungan tidak beretika – Awesome TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awesome TV

PETALING JAYA – Stesen televisyen swasta, Awesome TV mendakwa tindakan menggantung siaran syarikat itu berkuat kuasa hari ini adalah tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Ini kerana kata Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, kes melibatkan syarikat itu masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir.

Malah katanya, Awesome TV juga telah memfailkan permohonan semakan rayuan di mahkamah rayuan dan masih belum ada keputusan.

“Perkara ini mash di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir.

“Oleh itu, tindakan MYTV Sdn Bhd untuk menggantung Awesome TV adalah tidak beretika serta menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di laman Instagram.

Mengulas lanjut, Adam berkata, pihaknya turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dan mash menunggu keputusan.

Terdahulu, dalam kenyataan sama, Adam memaklumkan bahawa MYTV telah menggangtung siaran stesen televisyen swasta, Awesome TV di platformnya berkuat kuasa hari ini.

Menurutnya, penggantungan siaran Awesome TV di saluran 112 dilakukan bermula pukul 12.01 pagi tadi.

“Kami merujuk kepada notis pemberitahuan yanng dimuat naik MYTV Sdn. Bhd. di laman Facebook rasminya berkenaan penggantungan siaran Awesome TV saluran 112 di platform MYTV mulai jam 12.01 pagi pada 26 Mei 2024,”katanya.

Sebelum ini, MYTV juga pernah mengumumkan tindakan sedemikian yang berkuat kuasa 2 Nov 2023 susulan wujud isu-isu komersial melibatkan kedua-dua pihak walaupun pelbagai langkah penyelesaian telah cuba diambil.

Untuk rekod, Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dan menawarkan beberapa kandungan tempatan dan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI