fbpx

Bekas calon Kongres mengaku salah rosakkan patung syaitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan patung Baphomet di Bangunan Capitol Negeri Iowa, Des Moines, dan Cassidy(kiri). – X

WASHINGTON – Seorang bekas calon Kongres daripada Parti Republikan mengaku bersalah kerana merosakkan sebuah patung syaitan bertanduk di Bangunan Capitol Negeri Iowa, lapor saluran berita Fox News kelmarin.

Michael Cassidy mengaku bersalah atas pertuduhan salah laku bagi kesalahan jenayah ringan, demikian menurut akhbar Des Moines Register.

Cassidy berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tuduhan lebih berat iaitu jenayah kebencian.

Dia akan dibicarakan pada 3 Jun ini.

Cassidy mengaku bahawa dia merosakkan patung syaitan bertanduk, Baphomet di bangunan tersebut yang terletak di Des Moines tanpa mempunyai hak berbuat demikian.

Patung itu dibawa ke bangunan itu oleh Kuil Syaitan Iowa.

Berdasarkan syarat perjanjian rayuan, Cassidy akan menerima hukuman diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa selama dua tahun, denda seba­nyak AS$855 (RM4,022) dan perlu membayar ‘ganti rugi’ dalam jumlah yang akan ditentukan nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI