fbpx

Empat lokasi pokok tumbang sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lokasi berlaku kejadian pokok tumbang sekitar Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat, sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, maklumat kesemua insiden itu diterima bermula pukul 6.20 petang hingga 7 petang.

Kata kenyataan itu, terdapat kejadian pokok tumbang menghempap empat buah lori seberat tiga tan di Lot 5746, Jalan Klang Lama, berhampiran stesen minyak BHP.

“Di sekitar First Residential College Universiti Malaysia, di sini, turut terdapat pokok tumbang menghempap tiang elektrik dan menghalang laluan utama.

“Seterusnya, terdapat pokok tumbang di Trellises Apartment, Taman Tun Dr Ismail, di sini mengakibatkan laluan utama terhalang.

“Situasi sama juga turut berlaku di Jalan Long Yew Koh, Taman Tun Dr Ismail yang mana berlaku pokok tumbang sehingga menghalang laluan utama,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, kawasan utama yang terjejas berlakunya pokok tumbang adalah di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Universiti Malaya.

Tambah kenyataan itu, kesemua insiden tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI