fbpx

50,000 OKU penglihatan terima manfaat kamus Braille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kiri) ketika menyampaikan cenderahati kepada Dr. Yasmin Hussain (tengah) pada Majlis Pelancaran Bengkel Kamus Braille Inggeris-Melayu di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Penghasilan Kamus Braille Inggeris-Melayu bakal memberi manfaat kepada 50,000 pelajar orang kelainan upaya (OKU) penglihatan di sekolah dan instituti pengajian tinggi (IPT).

Pensyarah Kanan Pendidikan Khas Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd. Norazmi Nordin selaku ketua projek berkata, fokus utama penghasilan kamus itu adalah bagi membantu pembelajaran pelajar OKU.

“Kira-kira 6,000 hingga 8,000 pelajar OKU penglihatan terdapat di sekolah dan berkemungkinan 10,000 lagi di universiti.

“Di Malaysia ada 50,000 OKU penglihatan berdaftar, kita juga akan menerima manfaat daripada kamus Braille pertama di dunia ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Bengkel Kamus Braille Inggeris-Melayu pertama di Malaysia dunia semalam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor City University Malaysia, Prof. Datuk Dr. Yasmin Hussain.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia, Silatul Rahim Dahman dan Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan.

Mengulas lanjut mengenai penghasilan kamus braille itu, Mohd. Norazmi berkata, prosesnya mengambil masa sehingga enam bulan dan memuatkan perkataan asal daripada kamus biasa yang telah ditapis.

“Pada peringkat awalnya, terdapat 20,000 hingga 30,000 perkataan asal di dalam kamus biasa, namun setelah mengambil kira keupayaan pelajar OKU penglihatan, hanya 10,000 hingga 15,000 patah perkataan sahaja yang akan dimuatkan dalam 20 jilid tersebut.

“Seterusnya, kamus itu akan diulang cetak sebanyak 1,000 naskhah bagi setiap jilid dan diagihkan secara percuma kepada sekolah, institut pengajian tinggi (IPT), badan bukan kerajaan kurang upaya penglihatan, dan perpustakaan seluruh Malaysia bermula hujung tahun ini.

Menurut Ketua Projek Kamus Braille itu, projek pertama ini merupakan kerjasama bersama Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) dan City University Malaysia yang bertindak sebagai penentu sah kepada kualiti penghasilan kamus ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI