fbpx

Tak timbul soal dinafikan hak, peluang sangat luas – Naib Canselor UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIN ketika ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda Madani sempena Konvokesyen Madani Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

MELAKA – Setiap rakyat di negara ini mempunyai capaian luas pendidikan malah melebihi apa yang diperlukan, kata Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Kata beliau, situasi itu berdasarkan pola kependudukan Malaysia di mana jumlah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyusut kepada 400,000 berbanding 450,000 pada tahun sebelumnya.

“Tak timbul (isu) orang yang dinafikan haknya, saya bercakap dalam konteks pendidikan tinggi Malaysia. Kalau mereka faham, tidak timbul ini tetapi kalau ingin cari salah dan kepincangan mana-mana sistem, maka mereka akan berkata atas kefahaman (peribadi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda Madani sempena Konvokesyen Madani Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

Semalam, kolumnis sebuah portal berita dalam talian telah mengaitkan UiTM sebagai aparteid dengan membawa maksud diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan telahpun bergerak seiring dengan keperluan masyarakat apabila kerajaan menubuhkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Ujarnya, UiTM juga tertakluk kepada Akta 173 yang menyatakan dasar pengambilan pelajar mengikut kepada objektif asal penubuhan institusi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI