fbpx

Polis buru dua suspek rompak guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kejadian rompak di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, Ipoh kelmarin.

IPOH – Polis sedang mengesan dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian rompak seorang peniaga bersenjatakan parang di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun pada pukul 4.13 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 2.55 pagi.

“Suspek yang menggunakan kereta jenis Nissan Almera berwarna putih itu telah mengejar mangsa menggunakan parang dan menarik rantai emas yang dipakai lelaki itu. Anggaran kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM15,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam.

Katanya, pihak polis telah menjumpai sebuah kereta yang digunakan suspek yang ditinggalkan di sebuah lorong di kawasan berkenaan.

“Usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap dua suspek dipercayai lelaki bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222491,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI