fbpx

Bumbung restoran runtuh hempap pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA kecemasan berada di lokasi sebuah restoran dua tingkat runtuh di Playa de Palma, Pulau Mallorca semalam. – AFP

MADRID  –  Bumbung sebuah restoran di pulau pelancongan terkenal milik Sepanyol, Mallorca runtuh semalam, menyebabkan empat orang terbunuh dan 21 yang lain cedera, kata pasukan penyelamat.

“Empat mangsa maut dan sekitar 21 cedera,” kata seorang  jurucakap perkhidmatan kecemasan sambil menambah, mangsa adalah ‘berbilang warganegara’.

Perkhidmatan kecemasan menulis di laman X bahawa tujuh orang berada dalam keadaan ‘sangat serius’  dan sembilan lagi parah. Kesemua mereka dirawat di beberapa hospital berbeza.

Menurut media tempatan, bangunan dua tingkat itu terletak di kawasan Playa de Palma, selatan ibu kota Mallorca, Palma de Mallorca. Pulau Mallorca terletak di rantau Mediterranean.

Setakat semalam, pasukan penyelamat masih berada  di tempat kejadian untuk mencari lebih banyak mangsa yang tersepit di bawah runtuhan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Sepanyol,  Pedro Sanchez menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di laman X berhubung kejadian itu yang disebutnya sebagai ‘runtuhan dahsyat’.

Kerajaan pusat,  kata Sanchez bersedia menghantar ‘semua sumber yang diperlukan’ untuk membantu pihak berkuasa tempatan menangani situasi tersebut.

Mallorca ialah salah satu daripada Kepulauan Balearic milik Sepanyol selepas Catalonia. 

Lebih 14 juta pelancong melawat  Pulau Mallorca yang terletak di rantau Mediterranean pada tahun lepas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI