fbpx

Pan-gon terpaksa sisihkan Arif Aiman ekoran kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF Aiman yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) 2023 tidak dapat sertai Harimau Malaya kerana alami kecederaan.

PETALING JAYA – Pemain Paling Bernilai (MVP) 2023, Arif Aiman Hanapi tiada dalam senarai 26 pemain yang akan jalani latihan pusat Harimau Malaya bermula Isnin ini.

Bagaimanapun, bintang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad yang cipta jaringan pantas pada perlawanan pertama Liga Super, 11 Mei lalu kembali mendapat kepercayaan pengendali pasukan, Kim Pan-gon untuk sertai latihan kali ini.

“Pan-gon telah mengekalkan seramai 16 daripada 24 pemain dari skuad bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.

“Beberapa pemain terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales,” menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Selain Syafiq, antara pemain baharu yang tersenarai ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (KDA FC), Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (JDT), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC) dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC).

Harimau Malaya bakal harungi aksi kelima dan keenam Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan Taiwan di Bukit Jalil (11 Jun).

Selepas harungi empa perlawanan awal, Malaysia kini berada di tempat ketiga Kumpulan D dengan enam mata manakala Kyrgyzstan dan Oman unggul di kedudukan dua teratas dengan sembilan mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI