fbpx

‘Kereta kebal Thailand dah rosak, Azlan pula macam KLCC’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlawanan sepak takraw antara Malaysia dan Thailand semalam

PETALING JAYA – Kemenangan perlawanan pasukan sepak takraw Malaysia melawan Thailand meriah apabila terdapat seorang pengulas menghiburkan penonton dengan komentar yang menarik ketika disiarkan di saluran akaun bernama BolarotanTV di Youtube, semalam.

Menerusi perkongsian hantaran oleh @ezreenmuhaizie di Facebook, komentar daripada pengulas tersebut memberikan kritik yang menggelikan hati audiens.

“Kereta kebal Thailand dah rosak. Saya dah kata kaki kiri dia macam tongkat motor.

“Blocking macam palang tol balik raya. Azlan macam KLCC belah kiri.

“Servis dia jarang batal. Saya kenal dia, selalu ambil air wudhu pun jarang batal,” ulasnya.

Menurut pengulas berkenaan iaitu Mohsen Amdan yang tidak meminta untuk dikenali sebagai pengulas sukan, dia berkata bahasa yang digunakan itu adalah normal untuk peminat sepak takraw.

“Istilah-istilah yang saya gunakan memang daripada bahasa sepak takraw. Peminat sukan ini memang sudah biasa dengan ulasan saya sejak dulu lagi.

“Saya gunakan cara seperti ini untuk kelainan dan membina identiti sepak takraw khusus kepada penggemar sepak takraw,” ujarnya.

Katanya, mereka yang sudah mengenalnya sejak dulu akan tahu bahawa dia memang sangat lantang untuk memperjuangkan sepak takraw.

Sementara itu, Mohsen berkata BolarotanTV adalah satu rangkaian program yang khas memaparkan acara sukan takraw di Youtube dan Facebook pada masa ke semasa.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata mereka yang baru pertama kali menonton perlawanan yang diulas oleh Mohsen itu memberikan pelbagai reaksi.

“Aku macam tengok Maharajalawak Mega, daripada ngantuk jadi segar mata layan sepak takraw semalam,” komen @nurul.

“Pengulas macam ini kita nak dengar, tak adalah rasa duduk dalam perpustakaan sambil tengok sukan. Tahniah pasukan Malaysia dan terbaik pengulas sukan,” komen @koji.

“Terbaik pengulas, tak berhenti gelak saya semalam. Azlan memang hebat masa perlawanan, dia betul-betul fokus 200%. Tahniah permata Malaysia,” komen @mohamadazlan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI