fbpx

Kegiatan kilang haram lebur bahan bertoksik dibongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun turut turun padang ke lokasi serbuan Op Toksik di kilang yang terletak Batu 5 ¼, Jalan Jelebu, Pantai, Seremban hari ini.-Foto NUR SHARIEZA ISMAI

SEREMBAN – Tindakan dua pemilik kilang haram yang menjalankan kegiatan peleburan bahan bertoksik tanpa kelulusan terbongkar selepas diserbu dalam operasi bersepadu Op Toksik di Jalan Jelebu, Pantai di sini hari ini.

Serbuan melibatkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di kawasan seluas hampir tujuh hektar itu telah memeriksa empat buah kilang yang terletak 50 meter dari Sungai Linggi dan 400 meter dari Empangan Sungai Terip.

Operasi itu dijalankan setelah aktiviti kilang terbabit didapati telah memberi kesan mudarat terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk.

Hasil pemeriksaan lanjut pihak penguat kuasa, terdapat kesan pencemaran di mana pokok-pokok di kawasan belukar sekitar mati dan turut terdapat limpahan sisa toksik di sekitar kawasan kilang.

Kegiataan berkenaan dipercayai didalangi oleh dua lelaki tempatan berusia masing-masing 30-an dan 50-an manakala pekerjanya terdiri daripada warga negara Myanmar, China dan Nepal.

Kesemua mereka iaitu seramai 48 orang telah ditahan selain penyitaan menyeluruh di kawasan kilang turut dilakukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turun padang ke lokasi serbuan memberitahu begitu kecewa selepas mendapati terdapat pemilik kilang menjalankan perusahaan yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan masyarakat setempat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI