fbpx

Faisal Halim akan terus dikawal selepas keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal.

SHAH ALAM – Pengurusan Selangor FC akan terus menyediakan khidmat kawalan keselamatan kepada Faisal Halim selepas pemain itu dibenarkan keluar hospital.

Ekoran trauma yang dialaminya ekoran insiden disimbah asid, pengurusan pasukan merasakan keputusan itu dibuat bagi memastikan minda Faisal tidak terganggu sekali gus mampu beri perhatian kepada proses pemulihan dan rehabilitasi.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata pendekatan itu juga untuk memastikan Faisal sendiri mampu lebih tenang untuk keluar daripada ‘mimpi ngeri’ yang dialaminya.

“Sekarang masih ada lagi kawalan di rumah dan juga hospial. Kita masih lagi sediakan kawalan keselamatan sehingga Faisal sendiri rasa tentang.

“Kemudiannya, kita akan bincangkan perkara ini dengan keluarga Faisal,” katanya.

Ketika ini, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berada pada fasa akhir di mana barisan doktor pakar akan melakukan pemantauan akhir sebelum menentukan bila pemain kelahiran Pulau Pinang itu dibenarkan keluar hospital.

Bagaimanapun, Faisal dijangka memerlukan tempoh tiga hingga ke enam bulan sebelum dibenarkan kembali ke lapangan.

Shahril juga menjelaskan pengalaman pasukan ketika membantu bekas pemain, Brendan Gan yang alami kanser testis sebelum ini sedikit sebanyak membantu Selangor FC untuk berikan yang terbaik buat Faisal.

“Sokongan daripada semua orang beri semangat kepada Faisal dan saya rasa kalau kita semua tidak beri semanga, ia pasti sukar. Begitu juga dengan sokongan daripada penyokong yang berdoa dan lakukan solat hajat, jadi saya tengok dia boleh kembali bangkit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI