fbpx

CCTV simbah asid Faisal Halim tulen, polis akan keluar kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video CCTV berdurasi 56 saat yang tular di media sosial didakwa rakaman ketika Faisal Halim disimbah asid pada 5 Mei lalu.

PETALING JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan ketulenan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan serangan asid ke atas bintang bola sepak negara, Faisal Halim.

Beliau mengesahkan perkara berikut ketika dihubungi, hari ini.

“Video tular itu adalah benar dan kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sebuah video berdurasi 56 saat memaparkan kejadian pemain kebangsaan disimbah asid pada 5 Mei lalu tular di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam dan bertopi sedang menunggu di belakang sebuah kereta hitam sambil memerhatikan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya.

Selepas 10 saat kemudian, ketika Faisal ingin membuka pintu kereta, lelaki yang memakai baju hitam berkenaan segera menyimbah asid terhadapnya berkali-kali dari arah belakang.

Suspek kemudiannya melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang sedang menunggu bersama motosikal tidak jauh dari lokasi kejadian.

Pada 19 Mei lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan fotofit suspek yang disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek juga mempunyai kulit sawo matang selain bersaiz badan sederhana.

Lakaran fotofit itu akan dibuat berdasarkan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Setakat ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI