fbpx

Penumpang pandu teksi, pemandu tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memandu teksi manakala pemandunya tidur di tempat duduk belakang. - The Pattaya News

BANGKOK – Seorang penumpang wanita di Pattaya menjadi perhatian pengguna TikTok selepas dia berkongsi pengalaman lucu mengenai pemandu teksi yang mengantuk, lapor laman berita The Pattaya News hari ini.

Dalam satu klip video yang disiarkan semalam, wanita yang tidak mendedahkan nama sebenarnya itu menceritakan pengalaman dia mendapatkan perkhidmatan teksi pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Dia mahu menggunakan perkhidmatan itu dari Pattaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok.

Namun, wanita berkenaan sebaliknya terpaksa memandu teksi itu kerana pemandunya tidur nyenyak di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Menurut wanita itu, dia menyedari bahawa pemandu teksi yang datang menjemput dia dan rakannya kelihatan mengantuk.

Ini menyebabkan dia memutuskan untuk bertanya dengan sopan kepada pemandu tersebut sekiranya dia boleh mengambil alih pemanduan.

Rakan wanita itu merakamkan pengalaman lucu mereka sebelum menyiarkannya di platform TikTok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI